BERITA UTAMANASIONAL

Apa berita 7 #TrendingKini?

DISEDIAKAN OLEH: SABIRAH AZIZ

1. Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang

Video pengadil England, Mark Clattenburg menghentikan perlawanan selepas  mendengar azan berkumandang baru-baru ini, tular di media sosial terutamanya dalam kalangan peminat bola sepak.

Ia berlaku dalam satu perlawanan Piala Raja-Raja Arab Saudi antara Al Feiha dan Al Fateh di mana tindakan Clattenburg mendapat pujian ramai kerana sensitif terhadap budaya dan agama negara tersebut.

2. Shahrol Shiro tegur geng basikal lajak

Pelawak dan penyampai radio Shahrol Shiro atau Shahrol Azizie Azmi melalui sebuah entri Instagramnya menegur geng ‘basikal lajak’ yang menunggang secara berbahaya ketika sedang merakam aksi mereka.

Dalam perkongsian itu, Shahrol berkongsi video mereka di mana salah seorang daripada penunggang terjatuh di tengah jalan raya dan video itu telah ditonton lebih 750 ribu kali dan dikomen lebih 1 ribu pengguna laman sosial.

3. Lelaki nekad bunuh jiran asyik bertanya ‘bila nak kahwin’?

Seorang lelaki nekad membunuh jirannya yang sedang hamil, gara-gara terlalu kerap ditanya tentang dirinya yang masih membujang, lapor portal berita Detik.com.

Pemuda berusia 28 tahun yang dikenali dengan nama Nunur itu membunuh wanita bernama Iis Aisyah di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat.

4. Filem Marvel ‘Black Panther’ undang reaksi awal, nama Michael B. Jordan
jadi sebutan

WALT Disney Co’s dan Marvel Entertainment telah menayangkan filem aksi adiwira terbaharunya Black Panther secara eksklusif di majlis tayangan perdana pada Isnin, di Los Angeles dengan ulasan rasmi mengenai filem itu dikenakan sekatan (embargo) sehingga 6 Februari ini.

Walaupun ulasan rasmi belum dikeluarkan oleh para pengkritik yang menghadiri tayangan perdana tersebut, reaksi awal daripada mereka di laman sosial cukup memberangsangkan dengan rata-ratanya memberi reaksi positif tanpa membawakan unsur ‘spoiler’.

5. Suami curang, isteri nekad minum kopi bercampur racun ikan

Seorang wanita nekad mengakhiri hidupnya dengan meminum kopi bercampur racun ikan dipercayai akibat cemburu suaminya mempunyai wanita lain.

Mangsa, Saminah, ditemui meninggal dunia di dapur rumahnya dalam keadaan mulut berbuih oleh suaminya, Ardi Siswanto ketika hendak pergi ke bilik air kira-kira jam 6.30 pagi di Desa Kecamatan Wonosalam, Jombang, Timur Jawa Indonesia, semalam.

6. Niat nak membantu, akhirnya mati ‘ditelan’ mesin MRI

Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas ditarik masuk ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magent (MRI) di Hospital BYL Nair Chairatable, Mumbai, pada Sabtu.

Mangsa, Rajesh Maru ketika itu sedang menemani seorang saudara lelakinya untuk menjalankan prosedur berkenaan dengan membantu membawa silinder oksigen ke bilik MRI, menurut laporan The Statesman.

7. Ramai teruja saksikan Gerhana Supermoon selepas 152 tahun

Tiga fenomena ke atas bulan yang berlaku serentak malam tadi iaitu ‘Super Blue Blood Moon’ atau ‘Gerhana Supermoon’ yang kali terakhir berlaku pada 31 Mac 1866 iaitu 152 tahun lalu, menyaksikan orang ramai di seluruh negara berkumpul untuk menyaksikan sendiri fenomena luar biasa itu.

Mereka berkumpul di beberapa lokasi seluruh negara termasuk Planetarium Negara; Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan; Balai Cerap Selangor, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka termasuk di beberapa balai cerap, masjid dan surau yang terbabit menganjurkan aktiviti mencerap gerhana bulan penuh.


Pengarang :