Apa penjelasan KDN diplomat Israel masuk Malaysia? | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Apa penjelasan KDN diplomat Israel masuk Malaysia?

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 FEB: KEADILAN menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan kehadiran delegasi Israel yang telah dibenarkan masuk ke Malaysia untuk menyertai World Urban Forum (WUF) ke-9 di Kuala Lumpur dengan menggunakan pasport Israel.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil mempersoalkan pihak yang memberikan kebenaran masuk jika benar perkara ini berlaku kerana ia melibatkan bidang kuasa Imigresen.


Bahkan Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet yang mengetuai delegasi tersebut mendakwa secara terang-terangan dalam media sosial bahawa beliau telah memasuki Malaysia dengan menggunakan pasport Israel.

“Ini merupakan satu cabaran kepada maruah negara, memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan langsung tidak mengiktiraf Israel.

“Malah Malaysia sering mengecam rejim Israel yang sentiasa menzalimi rakyat Palestin, dan terbaharu Malaysia juga mengecam cadangan Presiden Amerika Syarikat untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Jerusalem.

“Jika benar diplomat Israel memasuki Malaysia, ini adalah satu hipokrisi atau kemunafikan yang amat besar oleh Putrajaya. Atau adakah kehadiran mereka ini bermaksud Malaysia bakal mengubah pendirian berhubung Israel? Saya gesa pihak Wisma Putra untuk memberikan penjelasan segera,” katanya dalam kenyataan.

Portal berita Malaysiakini yang memetik laporan The Times of Israel semalam melaporkan, Kementerian Luar Israel dalam kenyataannya berkata Roet memasuki Malaysia dengan pasport diplomatik Israel, menyertai persidangan berkenaan bersama wakil lain dari Israel, serta bertemu pegawai Malaysia.

Bahkan Roet turut berkongsi pengalaman di Malaysia menerusi laman sosial ketika menaiki sebuah teksi di Kuala Lumpur.

Foto: Screenshoot Twitter David Roet

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next