BERITA UTAMASELANGOR

Azmin muat naik gambar cucu

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mula memuat naik gambar cucu pertamanya yang dilahirkan, pada 14 Februari lalu.

Berkongsi kegembiraan, Mohamed Azmin dalam laman Twitternya nyata teruja apabila cucunya itu berada di sisinya.

“Cucu pertama saya berada di tangan saya. Apa lagi yang seorang atok boleh minta selain pemberian ini?

“Tok Dad dan Tok Mum dengan bayi baru lahir. Kami sayang awak,” tulisnya.

Turut kelihatan dalam gambar itu ialah isterinya, Datin Seri Shamshida Taharin.

Mohamed Azmin berkongsi berita gembira berhubung kelahiran cucu pertamanya itu, tiga hari lalu.

Cucunya itu puteri kepada anak perempuannya, Farah Shazliyana, 27 dan pasangan, Muhammad Syaqib Zainudin, yang mendirikan rumah tangga, pada Disember 2015.

Farah Shazliyana adalah anak sulung daripada enam beradik.

Lima beradiknya lain adalah Mohamed Ameer Shazrin (25), Farah Amira (24), Farah Afifah (22), Mohamed Basheer Noor Al-Haq (17) dan Mohamed Yusuf Al-Sadiq (16).

 

 


Pengarang :