SELANGOR

Bakal pesara MBPJ terima tajaan haji/umrah dan melancong

OLEH SYAZWANI SUFIAN

PETALING JAYA, 28 FEB: Seramai 33 pesara menerima pemberian hadiah menunaikan fardhu haji atau umrah dan melancong tajaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

MBPJ dalam kenyataannya berkata, pemberian itu diberi kepada bakal pesara yang akan bersara mulai Januari 2018 hingga Disember 2019 dalam majlis penyampaian Anugerah Haji/Umrah dan Melancong kepada pesara MBPJ, semalam

“Setiap pesara menerima RM6,500 seorang untuk menunaikan haji atau umrah bagi yang beragama Islam.

“Manakala bagi pesara bukan beragama islam juga diberi tajaan berjumlah RM6,500 untuk melancong,” katanya.

Anugerah disampaikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain, Timbalan Setiausaha MBPJ/Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, Sharipah Marhaini Syed Ali dan Timbalan Pengarah Sumber Manusia, Mohamad Rosnani Hamid.

=EZY=


Pengarang :