NASIONAL

Banjir: 117 mangsa dipindahkan di Kota Marudu

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 6 FEB : Sejumlah 117 mangsa daripada 33 keluarga di Kota Marudu, Sabah kini dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas perkampungan mereka dilanda banjir sejak petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, seramai 101 mangsa daripada 27 keluarga kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.

Manakala 16 mangsa daripada enam keluarga di PPS Bangunan Rukun Tetanggsa Salimandut.

Dua perkampungan yang terjejas di daerah Kota Marudu berpunca daripada hujan berterusan sejak pukul 5 petang itu ialah Kampung Baliajung dan Kampung Salimandut.

Hujan gerimis masih berlaku di daerah berkenaan sehingga pagi ini, kata jurucakap itu memetik BERNAMA.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :