NASIONAL

Banjir Sarawak semakin pulih

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 10 FEB: Keadaan banjir di hampir seluruh bahagian Sarawak kian pulih sejak semalam, malahan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula berkurang, setakat pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan, sejumlah 3,092 mangsa kini berada di 14 PPS setakat jam 8 pagi tadi berbanding 3,173 mangsa, malam tadi.

Manakala, sejumlah 3,092 mangsa daripada 974 keluarga ditempatkan di empat PPS yang dibuka di bahagian Sibu iaitu masing-masing tiga di Serian, Bintulu, dua di Mukah dan masing-masing satu PPS, di Sarikei serta Limbang.

“Bahagian Bintulu pula menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu hampir 1,183 daripada 320 keluarga diikuti dengan Sibu sejumlah 1,086 mangsa daripada 354 keluarga,” katanya.

Jumlah sekolah yang ditutup kekal 48, namun kemungkinan dijangka cuaca semakin cerah menjanjikan keadaan semakin beransur pulih dan lebih ramai mangsa akan dibenarkan, pulang hari ini.

 


Pengarang :