BERITA UTAMASELANGOR

‘Bayangan gurauan’ kerusi PRU, MB ceriakan suasana

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU KELANG, 10 FEB: Pembukaan ucapan Dato’Menteri Besar, Dato’Seri Mohamed Azmin Ali, yang menyelitkan gurauan membayangkan kerusi bakal ditandinginya pada pilihan raya nanti menceriakan hadirin.

Ketika bertanyakan khabar hadirin pada Majlis Penyampaian Kad Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Jamuan Teh Bersama Penduduk Pangsapuri Keramat Pangsa, Taman Keramat, Mohamed Azmin dengan bersahaja membalas bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak sekiranya penduduk di situ berada dalam keadaan baik.

“Apa khabar semua? (hadirin menjawab, “Baik!”). Alhamdullilah, kalau khabar baik saya kekal, di Gombak.

“Setuju ke tak setuju?,” soalnya sebelum dijawab “setuju!” dengan gemuruh dan tepukan gemuruh oleh hadirin yang memenuhi segenap ruang khemah program terbabit.

Mohamed Azmin seterusnya berkata, “Media, tolong laporkan, jangan putar belitkan,” katanya.

Interaksi antara Mohamed Azmin dan hampir 1,000 hadirin itu ternyata menceriakan lagi suasana program petang, semalam.

Tidak cukup dengan itu, ketika hampir tiba ke penghujung ucapan, Mohamed Azmin turut bertanya sama ada penduduk di situ sudah bersedia dan sekali lagi mendapat balasan positif orang ramai

“Kalau tengok cara tepukan tu macam setuju. Setuju ke? (Setuju!) Betul ke? (Betul!).

“Dah ‘ready’ ke? (‘ready!’).

“Are you ready?’,” soalnya dan hadirin sekali lagi menyambut dengan laungan ‘ready!’ dengan gemuruh.

Pertanyaan ‘are you ready’ oleh Mohamed Azmin itu mengingatkan kepada peristiwa membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila soalan dilontarkan beliau dibalas hadirin dengan jelas melaungkan ‘tidak!’ kepada beliau.


Pengarang :