EKONOMIGLOBAL

Brent susut kepada AS$64.92 setong

SINGAPURA, 22 FEB: Harga minyak global jatuh hari ini, ekoran dolar yang semakin mengukuh mempengaruhi laporan penurunan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Menurut Reuters, niaga hadapan minyak nentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$61.12 setong pada 0102 GMT, jatuh 56 cents, atau 0.9 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 50 cents, atau 0.8 peratus, daripada penutup semalam kepada AS$64.92 setong.

Dolar pula terus meningkat lebih seminggu berbanding sekumpulan mata wang lain, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan yang meyakinkan pelabur terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah.

Ekoran dagangan minyak diniagakan dalam dolar, kenaikan mata wang itu menjadikan import bahan api bagi negara yang menggunakan mata wang lain adalah lebih mahal, berpotensi mengekang permintaan.

Dolar yang mengukuh mengatasi kejatuhan yang direkodkan dalam inventori minyak mentah AS.


Pengarang :