GLOBAL

Britain, Perancis, AS antara negara gesa PBB tangani krisis Rohingnya

NEW YORK, 8 FEB: Lapan negara termasuk Britain, Perancis, Amerika Syarikat menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membincangkan nasib ratusan ribu pelarian Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman tentera di Myanmar, kata diplomat.

Bakal mengadakan pertemuan pada Selasa depan, pembentangan laporan Pelarian Fillipo Grandi akan didengar Suruhanjaya Tinggi PBB berhubung krisis dicetuskan tentera Myanmar di Rakhine sejak Ogos tahun lalu.

Lima negara lain iaitu Sweden, Poland, Belanda, Kazakhstan dan Guinea Khatulistiwa turut menyuarakan hasrat menyertai perbincangan bersama tiga anggota tetap majlis berkenaan.

Pertemuan itu diadakan hampir tiga bulan selepas Majlis mempertimbangkan cadangan mengekang kuasa tentera Myanmar sekali gus membenarkan pelarian Rohingya pulang semula ke kampung halaman mereka.

Untuk rekod, lebih 750,000 pelarian Rohingya dilaporkan melarikan diri dari negara majoriti penduduk Buddha itu ke Bangladesh susulan trauma akibat kekejaman tentera yang membunuh, merogol malah membakar perkampungan mereka.

Bulan lalu, Bangladesh dan Myanmar bersetuju menghantar pulang pelarian dalam tempoh dua tahun, namun PBB menyatakan kebimbangan selepas agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) disingkirkan dari perjanjian itu. -AFP


Pengarang :