SUKANKINI

Bundesliga: Hertha Berlin calarkan rekod jaringan Bayern Munich

OLEH AFIX REDZUAN

MUNICH, 25 FEB: Herta Berlin mengakhiri rekod kemenangan 14 perlawanan Bayern Munich selepas berjaya mengikat tuan rumah tanpa jaringan dalam aksi Bundesliga semalam.

Bayern yang menguasai hampir 72 peratus permainan buntu untuk merobek benteng Hertha Berlin yang kebal bertahan sejak awal permainan.

Sebanyak 16 percubaan dihasilkan dengan lapan daripadanya tepat ke sasaran menerusi gerakan yang diketuai Robert Lewandowski di bahagian serangan.

Keputusan itu menyaksikan Bayern gagal untuk menjaringkan gol buat pertama kali dalam 26 perlawanan musim ini namun tidak menggugat kedudukan yang jauh meninggalkan pesain lain dengan perbezaan 20 mata selepas 24 perlawanan.

 

Kredit Foto: Facebook UEFA Champions League


Pengarang :