Soccer Football – Bundesliga – VfL Wolfsburg vs Bayern Munich – Volkswagen Arena, Wolfsburg, Germany – February 17, 2018 Bayern Munich’s Robert Lewandowski scores their second goal from the penalty spot REUTERS/Fabian Bimmer
GLOBALSUKANKINI

Bundesliga: Lewandowski selamatkan maruah Bayern Munich

OLEH AFIX REDZUAN

JERMAN, 18 FEB: Kedudukan Bayern Munich di persada Bundesliga tidak mampu dicabar pasukan lain apabila terus mencatatkan kemenangan ke atas Wolfsburg, 2-1 semalam.

Kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabilan Bayern terpaksa menanti sehingga minit ke-90 untuk meraih tiga mata penuh hasil jaringan penalti Robert Lewandowski.

Wolfsburg terlebih dahulu di hadapan, pada minit kelapan hasil jaringan Daniel Divadi.

Tersentak dengan jaringan itu, Bayern kembali mengasak dan peluang keemasan hadir, pada minit ke-55 apabila dihadiahkan sepakan penalti tetapi gagal disempurnakan Arjen Robben.

Robben menebus kesilapan apabila membantu Sandro Wagner menjaringkan gol penyamaan, pada minit ke-64.

Di penghujung permainan, pengadil menghadiahkan penalti kepada Bayern selepas Gian-Luca Itter menjatuhkan pemain lawan dan Lewandowski tenang memastikan kemenangan, 2-1 milik pasukannya.

Bayern di tangga pertama dengan 59 mata selepas 23 perlawanan, perbezaan 21 mata dengan pasukan kedua, Bayern Leverkusen.

Foto Kredit: Reuters India


Pengarang :