EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman di Wall Street, ekoran pelabur masih meneliti minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dikeluarkan semalam.

Memetik BERNAMA, FOMC optimis mengenai pertumbuhan ekonomi AS lebih tinggi daripada jangkaan tahun ini, dan mungkin akan terdapat lebih banyak kenaikan kadar faedah akan datang.

Pada 9.03 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah 3.35 mata lebih rendah pada 1,854.82, selepas dibuka 3.92 mata lebih rendah pada 1,854.25 daripada 1,858.17, penutup semalam.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi dan untung masing-masing mengatasi tahap 106, manakala 171 kaunter tidak berubah, 1,519 tidak diniagakan dan 39 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 106.39 juta saham bernilai RM41.87 juta.


Pengarang :