SELANGOR

DUKE tawar diskaun 10% sempena Tahun Baru Cina

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 6 FEB: Pengguna Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bakal menikmati diskaun tol 10 peratus, sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Diskaun itu diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1, sepanjang tempoh 24 jam pada 16 Februari bermula jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam.

Pengarah Eksekutif Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sendirian Berhad (KESTURI), Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng dalam kenyataan berkata, usaha itu mampu membantu mengurangkan perbelanjaan pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.

“Inisiatif berterusan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan pengguna di musim perayaan dengan memberikan nilai pulangan melalui bayaran tol yang lebih rendah.

“Diskaun ini diberikan kepada semua pengguna Lebuhraya DUKE termasuk Plaza Tol Segambut dan Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan informasi trafik terkini, layari laman web rasmi di www.duke.com.my atau ikuti Twitter @LebuhrayaDuke dan Facebook www.facebook.com/DUKEHighway.


Pengarang :