GLOBALSUKANKINI

EFL: Cardiff City terus berkobar

OLEH HAFIZAN TAIB

CARDIFF, 18 FEB: Cardiff City mengatasi cabaran Middlesbrough, 1 – 0 dalam aksi Liga Kejuaraan Inggeris (EFL) di Stadium Cardiff City, di sini, semalam.

Kemenangan itu meletakkan kelab dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, pada kedudukan kedua liga dan mencerahkan laluan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Gol tunggal tuan rumah hasil tandukan Sean Morrison, pada minit ke-33 melalui sepakan percuma, gagal dihalang Darren Randolph.

Berbaki 14 perlawanan, pasukan Neil Warnock kini di tangga kedua EFL dengan 61 mata mengatasi Aston Villa (59) dan ketinggalan 11 mata di belakang Wolves (72).

Cardiff City akan bertandang ke Portman Road, Rabu ini, menentang Ipswich.

Kelab itu pernah layak ke EPL pada musim 2013-14.


Pengarang :