PENDIDIKANSELANGOR

Elaun guru KAFA dulu dan sekarang jauh beza

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 23 FEB: Kenaikan elaun bulanan RM1,500 buat warga pendidik Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) disambut baik dan membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai pembentukan modal insan.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Penyelia KAFA), Ahmad Asmadi Mohamed Razali, berharap keprihatinan pihak Kerajaan Negeri menjadi pemangkin kepada guru KAFA mengekalkan prestasi terbaik.

“Apa yang saya lihat, guru KAFA lebih mementingkan keikhlasan dalam mendidik pelajarnya. Saya pasti bekerja dengan keihklasan akan lahir yang terbaik daripada mereka,” katanya.

Bagi guru KAFA, Md Faishal, ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru KAFA 2017 turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas kepercayaan.

“Elaun itu dijangka naik pada masa akan datang memandangkan kadar perbelanjaan kewangan dan kos sara hidup semakin tinggi,” katanya.

Manakala, Jemilah Abd Rahman, yang mengajar di Sekolah Rendah Agama Paya Jaras berpandangan, elaun guru KAFA kini jauh berbeza jika dibandingkan dahulu selain turut menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan guru KAFA.

 


Pengarang :