SUKANKINI

FAM: Perjanjian termahal dilakar dan terus meningkat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Bola sepak Malaysia melakar satu lagi sejarah apabila memeterai perjanjian kerjasama termahal dan ia dijangka akan terus meningkat.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam kenyataan berkata langkah ini juga boleh membantu kelab dari segi kewangan.

“Perjanjian ini akan meningkat bergantung kepada jumlah penajaan yang bakal bertambah dari para penaja yang menyatakan sokongan dan kepercayaan mereka terhadap perancangan dan pembaharuan dilakukan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,” katanya.

Menerusi perjanjian itu, setiap pasukan Liga Super Malaysia akan menerima dana sejumlah RM3 juta dan RM1 juta bagi setiap pasukan Liga Premier Malaysia.

Katanya, Ini sekaligus menjadikan ia satu perjanjian kerjasama termahal pernah berlaku dalam sejarah bola sepak tanah air dan nilai itu akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.

=EZY=


Pengarang :