BERITA UTAMASELANGOR

Farah Inayah Rose sinar baru Azmin

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 FEB: Kelahiran cucu pertama Dato’ Menteri Besar, Farah Inayah Rose, melengkapkan lagi sinar kebahagiaan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sekeluarga.

Lebih manis, anak sulung Azmin kepada pasangan Farah Shazliyana dan Muhammad Syaqib Zainudin itu diraikan secara secara sederhana pada Majlis Santai Kenduri Aqiqah dan Kesyukuran, di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, di Seksyen 7, di sini, pagi ini.

Berkongsi kegembiraan, majlis berkenaan dihadiri kepimpinan Kerajaan Selangor, pegawai kerajaan, rakan terdekat dan ahli keluarga yang turut hadir bagi meraikan kehadiran insan baru itu.

Membahasakan diri sebagai ‘Tok Dad’ kepada cucunya, Mohamed Azmin yang lengkap berbaju Melayu ditemani isterinya, Datin Seri Shamshida Taharin dilihat cukup tenang dan gembira meraikan majlis istimewa itu.

Ia turut menyaksikan, dendangan bacaan selawat dan ayat suci Al-Quran diperdengarkan sepanjang majlis berlangsung.

Terdahulu, Mohamed Azmin sebelum ini memuat naik gambar Farah Inayah Rose yang baru dilahirkan menerusi catatan, di Twitter.

“Cucu pertama saya berada di tangan saya, apa lagi yang seorang atok boleh minta selain pemberian ini?” tulisnya.


Pengarang :