NASIONAL

Fathia Latiff: Golongan muda perlu hormat negarawan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 FEB : Jasa dan pengorbanan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dihormati dan disanjung tinggi khususnya golongan muda kini.

Pelakon Fathia Latiff berkata, golongan muda seharusnya bijak menilai pengorbanan pemimpin itu yang berjasa membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju sebelum ini.

“Benarkan beliau terus menyumbang untuk negara ini. Setidaknya beliau masih ingin terus berkorban untuk cuba menjaga negara.

“Daripada setakat membebel dekat Twitter kan? Saya bersama anda Tun Mahathir.

“Jika anda tidak suka kepada pemimpin yang anda rasa tidak layak untuk jadi Perdana Menteri, tidak perlulah gunakan bahasa kesat.

“Jagalah hati orang yang lebih tua dari kita, itu kan adab kita kena jaga walaupun marah macam mana kena sabar,” tulisnya di Twitter.

Ketika Tun Mahathir terus dikritik seteru politiknya, Datuk Seri Najib Razak, lebih ramai kini selebriti tempatan terus menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri paling lama mentadbir negara ini.

Antara yang paling lantang termasuklah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid yang berani mengkritik isu kebebasan bersuara negara ini.

=EZY=


Pengarang :