PBTSELANGOR

Fit Generation tawar hadiah misteri

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG, 26 FEB: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan hadiah misteri kepada peserta yang mengikuti program Fit Generation, sepanjang tahun ini.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, hadiah misteri itu akan diberi kepada peserta pada hujung tahun sebagai motivasi menggalakkan warga Klang khususnya dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

“Program ini dirancang untuk sepanjang tahun dan bagi peserta yang konsisten hadir memakai t-shirt Fit Generation bakal memenangi hadiah misteri pada acara kemuncak penutupnya, hujung tahun ini.

“Ia adalah inisiaitf menanam minat penduduk Klang supaya mereka sentiasa aktif melakukan aktiviti sihat, sekali gus menjadi ikon penduduk cergas dan sihat,” katanya dalam majlis pelancaran program Fit Generation, di Taman Rakyat, Klang, semalam.

Yasid berkata, program diadakan secara jelajah di lokasi berlainan sekitar bandar raya Klang.

Pada masa sama, Yasid berkata, pihaknya akan turut memperkasakan promosi aplikasi digital Smart-MPKlang dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Aplikasi itu adalah landasan digital dalam menyalurkan maklumat dan menjalinkan hubungan erat antara MPK dengan rakyat.

“Mereka boleh menyemak butir seperti cukai taksiran dan kompaun selain menerima maklumat secara terus daripada MPK. Selain itu, kita juga dalam usaha meningkatkan lagi aplikasi ini untuk tujuan memperbaharui ,” katanya.


Pengarang :