SUKANKINI

Grand Prix Malaysia: SIC jangka jualan tiket meningkat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 FEB: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjangkakan jualan tiket Grand Prix Malaysia akan meningkat tahun ini walaupun berjaya merekodkan angka tertinggi dalam penganjuran selama tiga hari musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, beliau menjangkakan jumlah kehadiran luar biasa akan dicatatkan pada penganjuran pusingan ke-18 di Sepang, pada 4 November ini.

“Grand Prix Malaysia tahun ini pasti lebih meriah. Tiga pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin akan mengisi ketiga kelas dipertandingkan, masing-masing dalam MotoGP, Moto2 dan Moto3,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Walaupun Hafizh belum secara rasmi bersama pasukan MotoGP Monster Yamaha Tech3 musim ini, SIC menerima 97,457 kehadiran penonton tahun lalu dengan peningkatan 2,141 berbanding tahun sebelumnya, 95,316.


Pengarang :