EKONOMI

Harga minyak dunia susut kepada AS$66.95 setong

SINGAPURA 6 FEB: Niaga hadapan minyak mentah menyusut pada Selasa dengan penanda aras Brent susut satu peratus susulan kemerosotan pasaran kewangan global berikutan kejatuhan terbesar harian saham di Wall Street sejak 2011.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$66.95 satu tong pada 0148 GMT, susut 67 cents, atau satu peratus berbanding ditutup sebelum ini, dan AS$4 lebih rendah daripada paras tinggi 2018 yang dicapai bulan lalu, lapor REUTERS.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$63.48 satu tong, susut 67 cents, atau satu peratus, daripada ditutup sebelum ini, dan AS$3 lebih rendah dari paras tinggi 2018.

Pasaran kewangan mengalami kemerosotan pada Isnin apabila saham AS menjunam pada sesi dagangan yang tidak menentu sekali gus memperlihatkan Dow Jones Industrial Average susut hampur 1,600 mata dalam dagangan harian.

“Kini, inflasi menjadi antara isu yang dibincangkan di pasaran,” kata Bank AS JP Morgan dalam satu nota.

Bagaimanapun, pembetulan pada harga minyak adalah lebih daripada reaksi kepada penjualan di pasaran kewangan.

Walaupun usaha oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia untuk mengurangkan bekalan minyak sejak Januari tahun lalu dalam usaha untuk menyempitkan pasaran dan meningkatkan harga, bekalan masih mencukupi.

Ia berikutan pengeluaran minyak AS yang melonjak hampir 18 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 10 juta tong sehari, melebihi pengeluaran pengeksport utama minyak, Arab Saudi.

SUMBER: REUTERS

 


Pengarang :