EKONOMI

Harga minyak global meningkat kepada AS$67.29 setong

SINGAPURA 7 FEB: Harga minyak global meningkat di tengah-tengah pemulihan pasaran saham global, disokong oleh laporan bahawa inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) menyusut minggu lalu.

REUTERS melaporkan niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$67.29 satu tong pada 0135 GMT, naik 43 cents, atau 0.6 peratus daripada sesi penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) meningkat kepada AS$63.89, naik 50 cents, atau 0.8 peratus daripada sesi penutup sebelumnya.

Peningkatan niaga hadapan minyak itu adalah berikutan pemulihan pasaran saham daripada penyusutan baru-baru ini.

Peniaga berkata, pasaran disokong oleh laporan daripada Institut Petroleum Amerika (API) yang menyatakan inventori minyak mentah AS susut 1.1 juta tong dalam minggu berakhir berakhir 2 Februari kepada 418.4 juta tong.

Setiausaha Agung Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Mohammad Barkindo, berkata inventori minyak komersial OECD menyusut dan kini berada pada 140 juta tong di atas purata lima tahun pada Oktober,” katanya.

Sebelum ini, OPEC dan Russia memutuskan untuk mengurangkan bekalan minyak sejak tahun lalu dalam usaha menyempitkan bekalan dan meningkatkan harga minyak.

SUMBER: REUTERS


Pengarang :