NASIONAL

Jaminan tiada penipuan, hentikan cadangan persempadanan semula

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 1 FEB: Kenyataan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya tiada penipuan berlaku pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) nanti sekadar sarat dengan sandiwara sahaja.

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, adalah menjadi satu rahsia umum bahawa pelbagai helah dan taktik kotor sedang giat direka pihak sebelah sana sebelum berlangsungnya PRU14 terutamanya berkenaan rancangan persempadanan semula.

“Rancangan ini seakan berat sebelah dan bersifat perkauman serta membunuh amalan demokrasi yang sihat.

“Malah, pejabat saya sudah membuat laporan polis pada pagi semalam, hasil penelitian rang daftar pemilih tambahan yang terbaru menunjukkan pemindahan pengundi secara terancang dan menyerlahkan lagi taktik kotor dan penipuan,” katanya dalam kenyataan.

Shamsul Iskandar berkata, ianya jelas apabila ratusan pengundi menggunakan alamat palsu untuk berada di lokaliti yang bukan tempat tinggal mereka.

Beliau selaku Ahli Parlimen Bukit Katil percaya agenda itu jelas menunjukkan bahawa wujudnya usaha untuk memenangi Parlimen Bukit Katil semula dengan helah yang jahat.

=EZY=


Pengarang :