SELANGORSUKANKINI

Jom sertai Mahabbah Walk 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 FEB: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bakal menganjurkan Program Larian Amal Mahabbah Walk 2018 siri kedua, pada 25 Mac ini.

YIDE menerusi laman Facebooknya memaklumkan, program sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia itu akan berlangsung, di Taman Botani Negara, di sini.

YIDE berkata, program itu bertujuan mengamalkan gaya hidup sihat selain memastikan buah pinggang sihat selaras dengan matlamat YIDE untuk membantu pesakit berkenaan dan ia membabitkan kategori ‘Fun Run Walk & Roll’ sejauh lima kilometer (km).

Penyertaan adalah percuma kepada pesakit di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) YIDE, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak bawah 13 tahun.

Manakala, orang awam yang berminat akan dikenakan bayaran RM50 dan RM30 untuk pelajar, agensi agama, anak syarikat MAIS dan pesakit dialisis yang menerima rawatan selain di Pusat Dialisis MAIS YIDE.

Namun, menariknya RM5 setiap daripada bayaran itu akan disumbangkan kepada Tabung Pusat Dialisis MAIS.

Program yang bermula jam 6.30 pagi itu dijangka akan berakhir pada 11 pagi.

Kepada mereka yang berminat boleh menyertainya dengan menghubungi Hafiz di talian 014-6384475 atau Zubir (017-7569476) juga dengan melayari laman Facebook YIDE.

Orang ramai masih boleh mendaftar sehingga tarikh tutup penyertaan pada 21 Mac ini dan peserta juga berpeluang menerima T-Shirt, medal, sijil serta ‘goodies’.

 


Pengarang :