OLEH SHEEDA FATHIL
SHAH ALAM, 10 FEB: Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) akan menurunkan bayaran tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) untuk kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura, mulai 1 April ini.

Memetik laporan BERNAMA, laluan Pusat Pemeriksaan Tuas akan dikurangkan lebih daripada 85 peratus di luar waktu puncak dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi, setiap hari.
“Untuk kereta yang menggunakan laluan keluar dan masuk Singapura melalui pusat pemeriksaan itu hanya perlu membayar kadar tol S$1.30 ketika waktu puncak, manakala kenderaan perdagangan ringan (S$1.50), kenderaan berat (S$2), teksi (S$1) dan bas (S$1.50).
Bagaimanapun, kadar bayaran tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands pula tidak berubah.