SELANGOR

Kaum India terus dapat pembelaan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PUCHONG, 4, FEB: Inisiatif pentadbiran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat martabat kebajikan masyarakat India di Selangor, wajar dipuji kata Exco Kerajaan Negeri, Ganabatirau Veraman.

Pengerusi Jawatankuasa Kemiskinan Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang itu berkata, masyarakat kaum India kini mendapat pembelaan sejawarnya di bawah tampuk pentadbiran Mohamed Azmin.

“Ada pihak yang sering mempersoalkan apa yang telah dilakukan Kerajaan Pakatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu, dan kini.

“Cuma kita bandingkan, Kerajaan Selangor yang dipimpin Dato’ Menteri Besar menjaga setiap kaum dan agama secara telus.

“Buktinya peruntukan bagi kaum India dan sekolah tamil bertambah dan meningkat sebanyak RM5 juta dan ini membuktikan aspirasi berkebajikan pimpinan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ponggal Peringkat Negeri Selangor di Tapak Parkir Dewan Serbaguna Batu 14, Puchong malam tadi.

Pembentangan Belanjawan Selangor 2018 yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar menyaksikan peningkatan maksima kepada keperluan pembangunan masyarakat India.

Ia termasuklah pengumuman khas pertambahan dana RM1 juta kepada pembangunan fasiliti kuil dan pusat keagamaan bagi masyarakat India seluruh negeri.

Selain itu, program pembangunan khas turut dirangka bagi menggalakkan belia India Selangor menyertai program keusahawanan untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menggalakkan masyarakat India merebut peluang mendapatkan pembiayaan mikrokredit daripada Yayaysan Hijrah Selangor bagi menjalani latihan pembangunan upaya usahawan.

=EZY=


Pengarang :