SELANGOR

Kempen GEMPUR tingkat kesedaran perangi rasuah

OLEH SABIRAH AZIZ

SEPANG, 14 FEB: Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) yang dilancarkan hari ini bakal meningkatkan kesedaran kepada penjawat awam supaya memerangi rasuah.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Dato’ Alias Salim berkata, melalui kempen itu, ia sekali gus mendidik penjawat awam supaya menolak apa jua tawaran rasuah daripada sesiapa sahaja.

“Melaui program ini, kita dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai serta meningkatkan imej dan persepsi orang ramai terhadap penjawat awam.

“Ini kerana penjawat awam banyak dikaitkan dengan isu rasuah. Selain itu, ia juga bagi memberi penekanan kepada pemberi rasuah yang kurang dipandang serius oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) dan melancarkan Kempen GEMPUR di Majlis Perbandaran Sepang, di semalam.

 

=EZY=


Pengarang :