SUKANKINI

Kenapa aksi KL- JDT bersambung petang ini? Ini rupanya…

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Perlawanan antara Kuala Lumpur dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi, ditangguhkan kerana hujan lebat.

Keadaan padang yang tidak sesuai memaksakan Komisioner Perlawanan menghentikan permainan pada minit ke-57 dan ia akan disambung di venue sama hari ini pada jam 4 petang.

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur memaklumkan perlawanan berbaki 33 minit akan disambung dengan pemegang tiket sama boleh menggunakannya untuk perlawanan itu.

Ia juga akan dijalankan barisan pemain, jumlah jaringan dan jumlah kutipan kad sama berpandukan Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2018.

Ketika perlawanan ditangguhkan, Kuala Lumpur mendahului JDT 1 – 0.

=EZY=


Pengarang :