GLOBAL

Krisis politik Maldives kian tegang

NEW YORK, 9 FEB: Majlis Keselamatan (UNSC) diberi amaran oleh pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung situasi di Maldives yang dijangka semakin tegang selepas pengumuman darurat oleh presidennya, Abdulla Yameen.

Foto: REUTERS

Amaran itu dilaksanakan ketika mesyuarat khas bagi membincangkan krisis di Maldives selepas Abdulla mengeluarkan arahan darurat bagi penahanan beberapa hakim ekoran perintah mereka membebaskan beberapa pemimpin politik pembangkang, lapor Berita Harian.

Sumber PBB iaitu Penolong Setiausaha Agungnya, Miroslav Jenca, memaklumkan kepada UNSC berkenaan situasi di Maldives yang semakin buruk dan mungkin bertambah teganng walaupun tiada laporan keganasan berlaku.

Ia adalah mesyuarat pertama yang diadakan UNSC sejak krisis itu tercetus sejak 1 Februari lalu, namun tiada kenyataan dikeluarkan sebaik mesyuarat itu berakhir.

Krisis di negara itu tercetus selepas Mahkamah Agung mengarahkan pembebasan lapan tahanan politik dan bekas presiden dan pemimpin pembangkang, Mohamed Nasheed.

Empat hari kemudian, Abdulla mengumumkan perintah darurat dan mengarahkan pasukan keselamatan menahan ketua hakim.


Pengarang :