GLOBALSUKANKINI

La Liga: Barca kukuh cengkaman

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANYOL, 18 FEB: Barcelona terus melebarkan penguasaan di La Liga apabila mudah menewaskan Eibar 2-0, semalam.

Bertandang ke tempat lawan, Luis Suarez meletakkan Barcelona di depan seawal minit ke-16 apabila menyudahkan peluang terhidang hasil lorongan Lionel Messi.

Eibar yang menguasai hampir 51 peratus perlawanan gagal memecah kebuntuan, sebaliknya terpaksa beraksi 10 pemain, pada minit ke-66 apabila Fabian Orellana diperintah keluar selepas mengutip kad kuning kedua.

Sebaliknya, Barcelona menambah jaringan pada penghujung permainan menerusi Jordi Alba selepas berjaya menolak bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Marko Dmitrovic.

Barcelona di tangga teratas dengan 62 mata, 10 mata di hadapan Atletico Madrid di tangga kedua selepas 24 perlawanan.


Pengarang :