GLOBALSUKANKINI

Liga Perancis: PSG belasah Strasbourg 5-2

OLEH AFIX REDZUAN

PARIS, 18 FEB: Paris Saint-Germain (PSG) mengubati kekecewaan tewas pertengahan minggu kepada Real Madrid apabila membelasah Strasbourg, 5-2 dalam aksi Liga Perancis, semalam.

Jean Aholou mengejutkan tuan rumah dengan gol pertama Strasbourg seawal minit keenam tetapi ia gagal bertahan lama apabila Julian Draxler menyamakan kedudukan, 1-1 empat minit kemudian.

Neymar menjadikan kedudukan 2-1, pada minit ke-21 sebelum Angel Di Maria menjadikan kedudukan, 3-1 seminit kemudian.

Bersambung babak kedua, Stephane Bohaken merapatkan jurang kepada 3-2, pada minit ke-67.

Dua gol Edinson Cavani, pada minit ke-73 dan 79 sudah cukup untuk mematikan sisa kebangkitan Strasbourg, pada kedudukan 5-2 sehingga tamat perlawanan.

PSG di tangga pertama dengan 68 mata, perbezaan 12 mata di hadapan pasukan kedua, Monaco selepas 26 perlawanan.

Foto Kredit: Free Super Tips


Pengarang :