NASIONALSUKANKINI

Luis Suarez: Makanan Malaysia enak

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Tourism Malaysia memuat naik sebuah video yang menampilkan penyerang Barcelona, Luis Suarez, yang sedang mencuba beberapa hidangan sinonim dengan rakyat Malaysia.

Suarez selaku Duta Pelancongan Malaysia menyifatkan beberapa makanan Malaysia mempunyai rasa yang enak walaupun ada antaranya pedas.

Beliau merasai kenikmatan roti canai, nasi lemak, sate, char kway teow dan popiah.

Pemain berasal dari Uruguay itu dilihat lebih tertarik dengan sate apabila bertanya ‘boleh saya makan lagi?’ selain menyifatkan popiah makanan yang pedas hingga beliau sendiri tidak boleh bercakap.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan di Dewan Rakyat pada November lalu berkata, pemilihan Suarez dibuat kerana beliau adalah pemain popular dalam kalangan peminat bola sepak di rantau Asia khususnya, di Indonesia dan China.

Melalui kempen pengiklanan perjanjian yang dibuat bersama Media Pro Asia berjumlah RM7.5 juta, RM4.4 juta daripadanya untuk pembelian media di semua 18 stadium, di bawah La Liga.

Baki jumlah perjanjian itu digunakan untuk kerjasama bersama Suarez bagi mempromosikan destinasi pelancongan menarik di Malaysia khusus melalui media sosial beliau.


Pengarang :