SELANGOR

LZS salur RM1.4 juta bantu pelajar asnaf IPT

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan lebih RM1.4 juta kepada pelajar asnaf fakir dan miskin melalui program Bantuan Wang Saku Tambahan Program Kasihku.

LZS berkata, ia merupakan wang zakat agihan semula syarikat korporat terlibat dalam program Kasihku Zakat Selangor yang prihatin dengan keperluan pelajar asnaf di IPT.

“Seramai 4,748 pelajar asnaf yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima insentif itu bagi meringankan beban.

“Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM300 dan telahpun dikreditkan ke akaun pelajar bermula pada awal Januari lalu,” katanya dalam kenyataan.

Program ‘Kasihku Zakat Selangor’ adalah ruang kepada pengeluar zakat terutama dalam kalangan syarikat korporat menyantuni penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat.

Wang zakat itu disalurkan berdasarkan empat pakej utama iaitu bantuan pendidikan, bantuan modal, bantuan perubatan dan bantuan sosial.


Pengarang :