SELANGOR

LZS serah RM3,000 bantu mangsa banjir Ijok

 

KUALA SELANGOR, 1 FEB: Sekurang-kurangnya 10 keluarga terlibat banjir dari Kampung Sentosa, Ijok menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), baru-baru ini.

Menerusi laman facebooknya, LZS berkata bantuan sebanyak RM300 diberikan kepada setiap keluarga terlibat.

“Kami mendoakan agar semua mangsa bersabar dengan ujian ini,” tulisnya.

Terdahulu semua mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Ijok.

Kawasan penempatan mereka dikenalpasti sebagai kawasan banjir setiap kali hujan lebat dan berlarutan.


Pengarang :