SELANGOR

MAIS terima kunjungan PBNS kongsi maklumat perkhidmatan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 20 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) bagi menjalin kerjasama dan berkongsi maklumat berkaitan peranan MAIS.

MAIS menerusi laman rasminya berkata, Seramai sembilan orang pegawai PBNS hadir mengadakan lawatan ke MAIS bertempat di Bilik Mesyuarat Al- Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah, baru-baru ini.

“Lawatan itu bertujuan PBNS mendapatkan maklumat berhubung perkhidmatan MAIS di bawah Bahagian Baitulmal meliputi Wasiat, Faraid, Wang Tidak Patuh Syariah dan Pengurusan Sumber Baitulmal.

“Selain itu untuk melihat sistem yang digunapakai oleh MAIS terutama permohonan wasiat secara atas talian,” katanya.

MAIS berharap perjumpaan itu dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah

Lawatan dihadiri Pengurus Besar Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Ratnawati Datuk Osman, Pengarah Baitumal, Norzaihan Mohd Zain, Pengurus Harta Baitulmal, Indera Shahril Mohd Shahid dan Setiausaha MAIS, Bakhtiar Hussin.

=EZY=


Pengarang :