SELANGOR

MB bakal selesaikan satu lagi masalah legasi besar babitkan isu Felda

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 11 FEB: Kerajaan Negeri akan menyelesaikan satu lagi masalah legasi peninggalan Kerajaan Umno- Barisan Nasional (BN) dalam tempoh terdekat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kali ini membabitkan peneroka sebuah Felda di Selangor.

“Dalam masa terdekat saya akan selesaikan satu lagi masalah legasi yang besar iaitu membabitkan Felda dalam Selangor yang akan kita selesaikan masa terdekat ini.

“Ini membuktikan sekiranya kerajaan itu ada komitmen dan kemahuan peduli rakyat masalah itu akan diselesaikan,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pemilikan Rumah Antara Peserta Dengan Pemaju Paragon Pinnacle Sdn Bhd di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Jelasnya, masalah legasi yang berpanjangan terjadi ekoran amalan Umno-BN ketika berkuasa dahulu yang gemar berpihak kepada ‘tauke’ atau pemaju perumahan.

Katanya, beliau berharap kerjasama erat antara pemaju, pemaju dan Kerajaan Negeri dipertahankan bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemajuan dan kekayaan negeri ini.

Sebelum ini Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan beberapa masalah legasi yang tidak dapat diselesaikan Umno-BN ketika berkuasa.

Antara masalah legasi terbesar yang sebelumnya disifatkan sebagai tiada harapan untuk diselamatkan membabitkan Projek Perumahan Bukit Botak di Selayang.

=EZY=


Pengarang :