BERITA UTAMASELANGOR

MB santuni rakyat di DUN Bukit Antarabangsa

OLEH SYAZWANI SUFIAN

GOMBAK, 9 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memulakan program turun padang menyantuni rakyat, di DUN Bukit Antarabangsa, di sini, dengan membuat lawatan ke Pasar Taman Seri Gombak.

Beliau mengambil peluang bersalaman dan beramah mesra dengan rakyat, sambil menyelami masalah mereka.

Selain itu, bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Mohamed Azmin turut mengedarkan 500 buah limau dan 500 ang pow bagi memeriahkan perayaan berkenaan.

Beliau meluangkan masa hampir setengah jam di pasar berkenaan sebelum berangkat ke Pasar Kuala Ampang bagi aktiviti sama dan Kompleks Muhibbah untuk sarapan pagi.

Program lawatan kerja itu adalah salah satu program Dato’ Menteri Besar menyantuni rakyat bagi menyampaikan makluman berkaitan agenda Inisiatif Peduli Rakyat dijalankan Kerajaan Negeri.

Turut hadir mengiringi beliau Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Suliman Abd Rahman.

 

 


Pengarang :