BERITA UTAMASELANGOR

MB terima kunjungan Ustaz Abdul Somad

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menerima kunjungan pendakwah dan ulama terkenal dari Riau, Indonesia Ustaz Abdul Somad Lc. M.A di pejabatnya petang ini.

Beberapa foto pertemuan mereka yang dimuatnaik di Twitter @AzminAli turut memaklumkan Ustaz Abdul Somad yang hadir sambil ditemani Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Muhammad Farhan Wijaya akan menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

“Pertemuan yang cukup bermakna dan konstruktif dengan Ustaz Abdul Somad dalam rencana kita memperkukuh jati diri umat Islam dan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Negeri Selangor,” katanya.

Ustaz Abdul Somad Lc. M.A yang menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir terkenal dengan siri kuliah agama dalam bidang hadis dan ilmu feqah selain membahaskan beberapa perkara semasa.

=EZY=


Pengarang :