SELANGOR

MB teruja timang cucu pertama

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cucu pertamanya, kira-kira jam 5 petang tadi.

Cucu pertamanya itu merupakan puteri kepada anak perempuannya, Farah Shazliyana, 27 dan pasangan Muhammad Syaqib Zainudin yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2015.

“Alhamdulillah it’s a girl. What a lovely bundle of joy. To my dear Shida, let’s grow old together.

“Alhamdulillah saya dikurniakan cucu pertama sebentar tadi.

“Tahniah kepada Liyana dan Syaqib untuk kelahiran anak perempuan tersayang,” tulisnya dalam laman twitternya.

Berita itu turut mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Mohamed Azmin sekeluarga.

Farah Shazliyana merupakan anak sulung daripada enam beradik.

Selain itu, Mohamed Ameer Shazrin (25 tahun),Farah Afifah (22 tahun), Farah Amira (24 tahun), Mohamed Basheer Noor Al-Haq (17 tahun) dan Mohamed Yusuf Al-Sadiq (16 tahun).

 

 


Pengarang :