SELANGOR

MBSA buka kaunter tambahan permudah bayar cukai

 

SHAH ALAM, 1 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka kaunter bayaran pada Sabtu dan Ahad sepanjang Februari serta cuti Tahun Baru Cina bagi memudahkan para pemegang harta menjelaskan cukai taksiran masing-masing.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, inisiatif itu diambil bertujuan memberi peluang kepada pemilik harta membuat pembayaran dan berurusan dengan MBSA pada cuti hujung minggu dan cuti am.

Katanya, pembayaran cukai taksiran boleh dibuat di Kaunter Utama, Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam.

“Kaunter bayaran juga dibuka di Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah waktu operasi kaunter tambahan:

Tarikh                  Hari                                                    Masa
3 & 4                Sabtu & Ahad                       9.00 pagi – 1.00 petang
10 & 11             Sabtu & Ahad                       9.00 pagi – 1.00 petang
16,17 & 18      (Cuti Tahun Baru China)    9.00 pagi – 1.00 petang
24 & 25            Sabtu & Ahad                       9.00 pagi – 1.00 petang

Sebarang pertanyaan berhubung pembukaan kaunter tambahan ini, sila hubungi Kaunter Utama, MBSA di talian 03-5522 2724 atau 03-5522 2897.


Pengarang :