SELANGOR

MBSA kompaun premis bina tanjakan haram

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 FEB: Tujuh kompaun dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada tiga premis atas kesalahan membina tanjakan tanpa kebenaran.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kompuan dikeluarkan menerusi Operasi Bersepadu Memecah Tanjakan, di Jalan Sungai Rasau, Seksyen 32, 15 Februari lalu.

“Penggunaan tempat letak kereta tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133),” katanya dalam kenyataan.

Operasi melibatkan 15 kakitangan daripada Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Bangunan.

Shahrin berkata, MBSA memandang tegas terhadap mana-mana premis yang membina tajakan haram bagi tujuan aktiviti perniagan.

“Tindakan tegas termasuk memecahkan tanjakan dan kompaun akan dikenakan kepada pemilik premis yang ingkar dan membina tanjakan haram dihadapan premis mereka,” katanya.

Sementara itu, orang awam boleh menghubung Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA 03-55105133 untuk sebarang pertanyaan lanjut.


Pengarang :