PBTSELANGOR

MDKL anjur Mini Karnival Usahawan Belia 2018

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 21 FEB: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program Mini Karnival Usahawan Belia 2018 anjuran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), di Tasik Taman Banting Baru, pada 24 dan 25 Februari ini.

MDKL dalam kenyataan di Facebook berkata, orang ramai turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik, termasuk ‘autoshow’, bayi sihat dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Pada masa sama, MDKL turut menganjurkan pertandingan memancing yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 berserta trofi dan hamper bagi juara.

Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM500 serta RM300 berserta trofi juga hamper.

Pertandingan akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dengan yuran penyertaan RM20.


Pengarang :