ALAM SEKITAR & CUACAGLOBAL

Menara Eiffel ditutup ekoran salji tebal

PARIS, 8 FEB: Pengunjung tidak dibenarkan ke Menara Eiffel ekoran cuaca buruk selepas salji lebat menyelimuti bahagian utara Perancis dan menjejaskan lalu lintas, lapor agensi berita China Xinhua.

“Menara Eiffel ditutup kepada semua pengunjung kami ekoran keadaan cuaca (yang buruk), ,” kata pihak berkuasa ikon dunia itu menerusi akaun Twitter, lapor BERNAMA.

Pengunjung juga dilihat berkumpul di bawah payung di jalan raya berhampiran monumen itu ekoran mengagumi rupanya yang diseliputi salji.

Ahli meteorologi meramalkan salji akan bertambah lebat dan ketebalannya boleh mencecah 10 sentimeter dengan suhu dijangka turun pada paras serendah negatif 10 darjah celsius.

Manakala, 28 jabatan pentadbiran termasuk lapan di wilayah Paris diletakkan di bawah amaran tahap jingga.

Perkhidmatan bas di ibu negara turut dibatalkan pada petang6 Februari lalu, manakala pengangkutan sekolah digantung di banyak tempat, semalam.


Pengarang :