PBTSELANGOR

Mohon permit bazar dalam talian

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 28 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan landasan dalam talian (online) bagi permohonan permit bazar Ramadan 2018, bermula minggu ini.

Sektretariat Media, Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan inisiatif itu bertujuan memudahkan serta menjimatkan masa memohon permit tanpa perlu beratur panjang.

“Di samping itu, pemohon juga boleh mengakses permohonan, pada bila-bila masa dalam tempoh sebulan di pautan elesen.mbpj.gov.my.

“Tarikh tutup permohonan pada 21 Mac ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, katanya, sebanyak 1,551 petak peniaga di 20 lokasi bazar disediakan MBPJ tahun ini.

Antaranya Taman Medan Jalan PJS 2/3 (160 petak), SS6/1 Kelana Jaya (250 petak), Seksyen 17/1A (100 petak), SS8 Sg Way (80 petak), Taman Sri Manja (80 petak) dan Seksyen 14/20 (60 petak).

Selain itu, Kampung Lindungan PJS 6/3 (55 petak), Desa Menanti PJS 6/5 (40 petak), Kampung Baiduri Seksyen 51 A (40 petak) dan Seksyen 8 (10 petak).

Ia juga termasuk di Jalan Sentosa 3/57 (18 petak), Lembah Subang (50 petak), Kampung Sungai Kayu Ara (50 petak), Seksyen 4 Kota Damansara (100 petak), Seksyen 5 (12 petak) dan Jalan Teknologi 3/1 (90 petak).

Manakala, Seksyen 7 (70 petak), Apartment Meranti (80 petak), Vista Business Centre (166 petak) dan Prima Damansara (40 petak).


Pengarang :