PBTSELANGOR

MPK cadang wujudkan Muzium Maritim

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 FEB: Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang berbincang dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mewujudkan muzium maritim di Pelabuhan Klang.

Yang DiPertuanya, Dato’Mohamad Yasid Bidin berkata, MPK bercadang membaik pulih kapal lama di Tanjung Harapan dan menyerahkan kepada pihak terbabit untuk mewujudkan muzium maritim.

“Kami merancang untuk membaik pulih dan kami turut yakin APMM akan berminat dengan idea muzium maritim sekaligus menarik pelacong domestik juga luar negara datang ke daerah ini.

“Selain peranaan sebagai muzium, APMM boleh menggunakannya sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Yasid berkata replika itu dibina pada 2002 dengan peruntukan RM2.5 juta daripada Kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, pada 26 Jun 2013, kira-kira 30 peratus daripada kapal itu rosak dalam kebakaran.

Beliau menjangkakan kos untuk membaik pulih kapal itu dijangka menelan belanja sebanyak RM1 juta.

“Kita menerima pampasan insurans sebanyak RM720,000 dan MPK merancang untuk menambah peruntukkan itu. Bagaimanapun, ia bergantung kepada persetujuan APMM.

Terdahulu, Ketua Pengarah Komuninasi Korporat, Norfiza Mahfiz dan Penolong Kanan Jabatan Penilaian Penilaian MPK, Rosnani Lamsah menghadiri pertemuan selama dua jam dengan Ketua Pengarah Laksamana Maritim APMM, Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar di pejabatnya di Putrajaya.


Pengarang :