PBTSELANGOR

MPSepang lancar Kempen GEMPUR bersama SPRM

OLEH SABIRAH AZIZ

SEPANG, 13 FEB: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) hari ini melancarkan kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yang Dipertuanya, Dato’ Puasa Md Taib berkata, ia melibatkan 60 pegawai dan kakitangan Majlis.

“Program ini bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk memerangi rasuah.

“Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) dan kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) di sini.

Kempen itu dilancarkan oleh Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Alias Salim.

Pada masa sama, Puasa berkata, MPSepang turut menganjurkan beberapa program sebagai usaha memupuk budaya integriti dalam kalangan penjawat awam.

Antara program dilaksanakan adalah ‘Breakfast Talk’ bertajuk Tugasan Penguatkuasaan: Antara Integriti dan Budi Bicara, ‘No Gift Policy’, ‘Whistle Blower’ dan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) serta menjadikan November sebagai Bulan Integriti setiap tahun.

=EZY=


Pengarang :