Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
PBTSELANGOR

MPSJ sedia khidmat kutipan sampah pukal percuma

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SUBANG JAYA, 1 FEB: Sempena Tahun Baru Cina 16 Februari ini, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan membuat kutipan sampah pukal secara percuma.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, kutipan dibuat mengikut jadual sampah domestik di kawasan perumahan teres bermula 9 hingga 23 Februrari.

“Manakala kutipan sampah pukal di perumahan bertingkat, pihak kontraktor akan menyediakan tong roro pada 10 dan 11 Februari sahaja dan selepas dari tarikh itu, kutipan akan diuruskan Badan pengurusan bersama pangsapuri (JMB).

“Penduduk dinasihatkan tidak mencampur adukkan sampah domestik, sampah kebun dan sampah pukal serta tidak membuang sampah ditempat yang tidak dibenarkan demi menjaga kebersihan kawasan,” katanya dalam mensyuarat penuh MPSJ, baru-baru ini.

Noraini berkata, mereka boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPSJ di talian 03-80267431 atau 7433 untuk sebarang pertanyaan.

=EZY=


Pengarang :