SELANGORSUKANKINI

MSA nafi Kerajaan Negeri tak bayar Prec Selangor Strongestman and Woman 2017

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 FEB: Persatuan Orang Kuat Malaysia (MSA) menafikan Kerajaan Negeri tidak membayar peruntukan program Prec Selangor Strongestman and Woman 2017.

Presidennya, Zainurizzaman Moharam Zack Rstar berkata, dakwaan pihak tertentu berhubung perkara itu adalah tidak benar kerana Kerajaan Negeri memberi kerjasama penuh dalam penganjuran program berkenaan.

“Saya berasa terkilan kerana ada pihak lain tidak memahami proses dan terbabit dengan perbincangan berhubung isu ini memainkan serangan juga sentimen tidak tepat sehingga menimbulkan fitnah.

“Kenyataan ini dibuat bagi membersihkan nama Kerajaan Negeri juga Exco Sukan, Amirudin Shari yang banyak membantu Selangor Strongestman sejak 2015, manakala PKNS Real Estate Sdn Bhd selaku penganjur utama dan penaja lokasi pertandingan serta saya sendiri bersama jenama Selangor Strongestman yang mulai mendapat tempat dalam kalangan pengiat bina badan juga orang kuat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil perbincangan bersama Amirudin pada awal Januari lalu membabitkan sejumlah peruntukan yang diluluskan bagi tujuan itu dan perkara berkenaan dianggap selesai.

Katanya, ia berbeza dengan situasi awal apabila dana Kerajaan Negeri habis disalurkan sepanjang tahun lalu dan akaun kewangan negeri juga melepasi tempoh proses ditetapkan.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap memberikan komitmen penuh untuk penggunaan jata Selangor, promosi melalui akhbar dan media sosial SelangorKini serta perkara lain berkaitan,” katanya.


Pengarang :