SUKANKINI

Neymar Jr berehat 8 minggu, terlepas aksi Real Madrid

OLEH AFIX REDZUAN

BRAZIL, 28 FEB: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar Jr sudah pasti terlepas perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid minggu hadapan apabila terpaksa menjalani pemulihan kecederaan kaki kanan.

Memetik laporan portal Globo.com, bapanya, Neymar Sr mengesahkan anaknya perlu menjalani rawatan dan terlepas aksi bersama PSG sekurang-kurangnya lapan minggu atau sehingga penghujung April.

Menurutnya, doktor pasukan Brazil dan PSG bertemu bagi mengenalpasti rawatan sesuai memulihkan segera kecederaan tulang kelima metatarsal di kaki kanan Neyamar Jr.

Neymar Jr mengalami kecederaan ketika membantu PSG mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas musuh setempat, Olympique de Marseille dalam aksi Liga 1 Perancis, Ahad lalu.

Keadaan itu pastinya meresahkan Pengurus PSG, Unai Emery menjelang pertemuan kedua di laman sendiri, 6 Mac ini bagi memadam kelebihan 3-1 dibawa Real Madrid di Santiago Bernabeu.

Neymar sudah menjaringkan 28 gol dan menyumbang 16 bantuan jaringan bersama PSG musim ini.

Foto Kredit: Goal.com


Pengarang :