SELANGOR

Ops Peniaga: Lapan warga asing ditahan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menahan lapan warga asing dalam Operasi Bersepadu Membanteras Penjaja/Peniaga Warga Asing sekitar Taman Subang Jasa 3, Pekan Subang, Seksyen U6. baru-baru ini.

Dalam operasi itu, lapan warga asing ditahan daripada 162 yang diperiksa Jabatan Imigresen Selangor atas kesalahan tiada pas sah dan tinggal lebih masa.

Menerusi laman sosialnya, operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa MBSA, Rozaidi Ahmat itu melaksanakan pemeriksaan terhadap premis perniagaan, warga asing dan pengoperasian premis tanpa lesen di kawasan sekitar.

Operasi itu turut membabitkan kakitangan daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA serta agensi luar iaitu Jabatan Imigresen Selangor.

Sebanyak 15 premis diperiksa di dalam operasi ini, dua kompaun dikeluarkan serta dua penyitaan dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007 iaitu menjalankan aktiviti menjaja tanpa permit.


Pengarang :